Category Archives: Virus/Antivirus

Perkembangan tentang virus dan antivirus yang ada di seluruh dunia…

Cara tukar Antivirus

Tajuk ini nampak mudah tetapi hakikatnya ramai pelanggan yang datang mengadu tidak berjaya tukar Antivirus kepada jenama baru yang dipilih. Kenapa ini terjadi? Antivirus adalah satu perisian yang sangat sensitif dengan sistem pengurusan Windows di komputer. Jadi, walaupun anda telah install Antivirus lama, masih ada fail-fail yang berkaitan dalam sistem. Antivirus baru pula pantang ada jenama lain dalam satu sistem pengoperasian (OS). Jadi, semasa anda install akan wujudlah masalah ini. Di sini kami berikan langkah demi langkah untuk menukar Antivirus. Contoh yang kami berikan ialah Avira Antivirus. Langkah 1: ‘Right Click’ pada lambang Antivirus asal di icon Taskbar – ‘untick’ … Teruskan membaca

Posted in Virus/Antivirus | Leave a comment

Perisian Antivirus dalam komputer

Antara perisian penting yang perlu ada di setiap komputer ialah antivirus. Tujuannya untuk mengelakkan komputer kita daripada dijangkiti virus yang pelbagai terutamanya bagi pengguna Operating System (OS) Microsoft Windows. Alhamdulillah kami sedikit terselamat kerana menggunakan OS Ubuntu Linux, yang mana pencipta virus tidak berminat untuk membangunkan virus baru memandangkan penggunanya tidak sampai 5% di dunia ini. Artikel kali ini adalah untuk mengingatkan pengguna yang setiap komputer cukuplah dimasukkan(install) dengan satu jenama Antivirus sahaja, sama ada Kaspersky, Avira, AVG atau sebagainya. Kami tidak menggalakkan anda menggunakan 2 atau 3 antivirus yang berlainan jenama dalam satu masa. Takut nanti akan memeningkan sistem … Teruskan membaca

Posted in Virus/Antivirus | Leave a comment

Semua fail hilang!

Seorang pelanggan datang ke kedai dalam keadaan panik kerana semua fail dalam Laptop dia tiba-tiba hilang dan kalau ada pun tidak boleh masuk. Inilah kerenah virus yang boleh menyembunyikan fail dan menukar fail sebenar daripada ‘folder’ ke ‘shortcut’. Jadi, kalau ada nama folder yang kita simpan pun  memang semuanya jadi tidak boleh masuk. Cara yang paling mudah untuk anda mengesan balik fail anda ialah dengan pergi ke FOLDER OPTION -> VIEW -> HIDDEN FILES AND FOLDERS dan klik pada ‘Show hidden files and folders’. Lepas itu buang tanda pada  dua pilihan di bawahnya iaitu ‘Hide extentions for known file types’ … Teruskan membaca

Posted in Virus/Antivirus | Leave a comment