Category Archives: Umum

Cerita, perkembangan dan pengumuman terkini nuzulquran.com

Pahit manis tahun 2010

Tahun 2010 merupakan tahun yang agak mencabar bagi kami kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan. Biasalah, apabila semakin ramai pelanggan datang ke kedai maka pelbagai ragam akan kita jumpa. Walaupun banyak perancangan tahun 2010 masih tidak tercapai tetapi perkataan PUTUS ASA tiada dalam kamus hidup kami sebagai usahawan baru. Bidang yang kami pilih ini iaitu servis dan jual komputer adalah bukan bidang kesukaan warga bumiputera memandangkan banyak risiko yang perlu dihadapi. Oleh kerana minat yang mendalam kami tetap tidak berputus asa. Kerugian adalah perkara biasa kami hadapi tetapi keuntungan akan menjadi pengubat duka. Perancangan baru untuk tahun 2011 sudah … Teruskan membaca

Posted in Umum | Leave a comment

Awal Muharram 1432

Awal Muharram merupakan detik penghijrahan Nabi Muhammad dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Di sinilah detik awal pembentukan negara Islam pertama. Sempena hari yang mulia ini kami nuzulquran.com mendoakan agar pembaca sekalian berazam untuk terus maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Salam Maal Hijrah!

Posted in Umum | Leave a comment

Raya korban dan setahun sudah nuzulquran.com

Hari raya korban memberi seribu satu makna kepada setiap jiwa orang Islam. Ada yang pergi menunaikan haji dan ada juga yang mengambil bahagian dalam penyembelihan binatang. Hari ini bertarikh 19 November 2010, genap setahun nuzulquran.com bertapak di alam maya secara rasmi. Kena dengan hari ketiga Raya Korban maka lebih membuat kami rasa bersyukur kerana pengorbanan selama setahun untuk mengetengahkan nuzulquran.com sebagai alternatif info teknikal komputer menampakkan hasil positif. Terima kasih di atas sokongan anda sama ada pelanggan tetap kami mahupun pelawat laman ini, Facebook Page dan Twitter.

Posted in Umum | Leave a comment

17 Ramadhan…

Semalam merupakan sambutan hari turunnya Al-Quran. Coretan ini sepatutnya kami tulis semalam. Tetapi oleh kerana kesibukan maka tidak sempat untuk menulis. Al-Quran adalah mukjizat paling agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mukjizat ini dijaga rapi oleh Allah sehingga tiada siapa mampu mengubahnya walau satu ayat. Inilah keagungan Al-Quran. Seorang sahabat di facebook telah berkongis satu video seorang Islam yang murtad telah menghina Islam sebegitu rupa dalam ucapannya. Kami di nuzulquran.com merasa sangat hairan kenapa ini boleh terjadi. Agama Islam tiada cacat celanya, tetapi masih ada yang sanggup murtad. Cukuplah dengan melihat pada  mukjizat Al-Quran. Dengan meneliti Al-Quran anda sudah tahu … Teruskan membaca

Posted in Umum | 2 Comments

Bersama kami di Facebook dan Twitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Kami di nuzulquran.com terus mengembangkan capaian sosial dengan pelanggan melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Jika anda ingin mengetahui kegiatan kami secara cepat dan kerap maka bersamalah kami di Facebook dan Twitter. Jika anda tidak berminat untuk bersama kami di Facebook dan Twitter, maka anda boleh membaca status terbaru kami di kolum sebelah kanan laman ini. Kami akan lebih kerap menulis status di Facebook dan Twitter berbanding artikel laman ini. Diharapkan agar anda mendapat info terkini daripada kami setiap masa secara ringkas dan padat melalui Facebook dan Twitter.

Posted in Umum | Leave a comment

Cukup 2 tahun bertapak

Tanggal 7hb Jun 2008 adalah tarikh keramat pembukaan Kedai Komputer IA-Tech di batu 8 Gombak dengan pendaftaran nama IA-Tech Enterprise. Jadi hari ini genaplah 2 tahun kedai ini bertapak. Walaupun di saat ini tapak Kedai Komputer IA-Tech ini didaftarkan dengan nama baru iaitu IA Global Network. Namun kesinambungan IA-Tech Enterprise tetap diteruskan. IA-Tech yang pada mulanya diasaskan oleh 9 orang mahasiswa yang ingin melihat orang Islam maju dalam perniagaan telah melalui banyak fasa perkembangan dan jatuh bangun selama 2 tahun. Walaupun begitu, kami tetap utuh dengan semangat setiakawan dalam menuju masa depan yang lebih cerah melalui penstrukturan semula IA-Tech. Untuk … Teruskan membaca

Posted in Umum | 1 Comment

Lahirnya nuzulquran.com Versi 2

Alhamdulillah, pada hari ini lahirlah laman nuzulquran.com versi baru. Dengan matlamat baru dan kaedah baru. Semuanya atas niat untuk menambah kemahiran dalam dunia komputer. Sesungguhnya dengan berkongsi kemahiran kita akan jadi lebih mahir. Berpegang pada prinsip ini maka lahirlah laman ini. Diwujudkan pada 19 November 2009 dalam keadaan penuh kekurangan. Ilmu bina laman web pun tiada, kewangan untuk mengupah yang pakar pun tiada. Dengan susah payah semuanya terpaksa dilakukan sendiri. Alhamdulillah lahir jugak versi pertama… Pada awal April 2004 baru-baru ini berlaku sedikit masalah teknikal menyebabkan versi pertama terpaksa dilupuskan. Semua tulisan hilang begitu sahaja. Walaupun sedih tetapi mesti ada … Teruskan membaca

Posted in Umum | 1 Comment