Loading ...-

Category Archives: Skrin
Skrin laptop gelap
Sering terjadi pelanggan membawa laptop yang rosak dan mengatakan, "Skrin laptop saya gelap tidak keluar apa-apa, boleh baiki skrin tak?". Biasanya, jika laptop anda memiliki tanda kerosakan sebegini, bukan skrin laptop yang rosak tetapi motherboard yang rosak. Lebih spesifik lagi iaitu ada cip di motherboard yang berlaku 'overheat' terutamanya 'display chip'. Jika cip ini rosak maka laptop lansung tidak keluarkan apa-apa tulisan di skrin. Skrin laptop yang rosak biasanya akan keluarkan paling kurang pun garis-garis hitam dan warna pudar menandakan skrin berfungsi tetapi tidak sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang skrin rosak boleh klik di sini. Dengan kata lain, jika laptop … Teruskan membaca
Posted in Laptop/Notebook, Skrin
8 Comments
Hibernate & Sleep…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini merupakan hari ke-27 Ramadhan, semoga anda terus bersemangat untuk terus beribadah. Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Baru-baru ini seorang juruteknik komputer yang berpengalaman berkongsi tip untuk menjaga Laptop/Notebook. Beliau menyatakan, jangan menggunakan fungsi 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda. Ini kerana boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk. Kenapa ini terjadi? Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk, Laptop/Notebook, Skrin
Leave a comment
Skrin laptop rosak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini kami akan mneyentuh berkenaan bagaimana ingin mengetahui sama ada skrin laptop anda rosak atau benda lain yang rosak. Sebelum mengetahui cara mengujinya kita mesti mengetahui tanda-tanda skrin rosak terlebih dahulu. Antara tandanya ialah: Skrin jadi sangat malap. Macam nampak tak nampak sahaja tulisan di skrin. Skrin jadi putih sahaja. Skrin keluar garis-garis halus atau titik-titik. Skrin keluar pelbagai warna yang sukar untuk kita baca apa-apa tulisan di skrin. Skrin ada kesan retak samada sikit atau banyak. Inilah antara tandanya. Untuk memastikan lagi yang skrin betul-betul rosak maka kita perlu ujinya di: Skrin LCD atau … Teruskan membaca
Posted in Laptop/Notebook, Skrin
89 Comments

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)