Category Archives: Penggunaan

Hal penggunaan komputer secara menyeluruh

Fakta menarik tentang kata laluan (Password)

Kita sering memikirkan apakah kombinasi kata laluan (password) yang paling selamat untuk digunakan. Di sini kami senaraikan fakta menarik yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat kata laluan paling selamat untuk akaun penting seperti akaun bank atas talian, Facebook, Twitter dan email. Adakah anda tahu? Kata laluan 6 digit dengan kombinasi 'lower case' – perlukan 10 minit untuk digodam. Kata laluan 6 digit dengan kombinasi 'upper case' – perlukan 10 jam untuk digodam. Kata laluan 6 digit dengan kombinasi nombor atau simbol – perlukan 18 hari untuk digodam. Kata laluan 9 digit dengan kombinasi nombor dan simbol – perlukan 44,530 … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | 3 Comments

‘copy’ dan ‘paste’ bukan ‘cut’ dan ‘paste’

Kadang-kadang kita perlu menyusun fail dan folder yang melibatkan pemindahan dalam kuantiti yang besar contohnya 9GB. Mungkin juga lebih seperti 26GB. Walau apa pun saiznya kalau boleh jangan amalkan 'cut' dan 'paste'. Lebih selamat jika anda amalkan 'copy' dan 'paste' kemudian delete fail di tempat lama. Ini kerana jika berlaku masalah semasa proses pemindahan fail seperti terputus elektrik maka anda boleh ulang balik 'copy' fail. Ada juga kes berlaku 'error' semasa pindah fail disebabkan ada virus dalam folder. Biasanya jika berlaku 'error', proses pemindahan akan terhenti setakat itu. Jika anda 'cut' maka kekeliruan akan timbul sebab fail mana yang telah … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment

Main permainan komputer di laptop

Bermain permainan komputer adalah satu perkara biasa bagi kebanyakan orang. Permainan komputer ini kadang-kadang boleh melibatkan emosi pemain sama ada marah, teruja dan gembira. Apa yang kami ingin sentuh kali ini ialah bermain permainan komputer di laptop. Satu fenomena yang nampak remeh tetapi boleh beagi kesan buruk kepada laptop anda jika dibiarkan. Kami berkata begitu kerana ada beberapa kes kerosakan laptop disebabkan oleh pemiliknya yang bermain permainan komputer. Kerosakan pertama : Keyboard Apabila anda terlampau teruja dalam bermain permainan, tanpa disedari anda akan menekan 'keyboard' terlampau kuat sehingga salah satu butang tidak berfungsi ataupun akan jadi kurang responsif apabila ditekan. … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment

Cip terbakar!

Situasi cip laptop/notebook terbakar sudah menjadi perkara biasa akhir-akhir ini. Bagaikan setiap hari ada sahaja pelanggan yang mengalami perkara ini. Apakah punca semua ini? Adakah kerana ramai orang sudah tidak boleh dipisahkan dengan komputer sejak gelombang laman sosial Facebook menjadi igauan pelbagai lapisan umur sehinggakan laptop dibuka berbelas jam lamanya? Atau… Adakah pengeluar komputer riba sudah tidak mementingkan kualiti barangan yang dijual sedangkan pelbagai ujian ketahanan sebelum ‘mass production’ telah wujud dalam dunia ‘manufacturing engineering’? Walau apa pun puncanya, kita sebagai pengguna berhak utuk mengetahui penyebab kepada masalah ini. Secara teknikalnya, cip di motherboard laptop/notebook musnah akibat kepanasan terlampau (overheating) … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment

Yang mana?

Pengguna sering bertanya. Mana satu jenama yang produknya tahan lama? Soalan ini sering dituju oleh pengguna Notebook yang meminta pandangan sebelum membelinya. Sukar untuk menjawab terus soalan sebegini. Apapun jawapannya, semua itu bergantung kepada cara penggunaan Notebook itu. Jika anda mengambil perhatian cara penggunaan yang berhati-hati maka akan tahan lama Notebook itu. Tip-tip ringkas sering kami kongsikan dalam Fan Page nuzulquran.com di Facebook. Tip ini berdasarkan pengalaman sebenar yang dihadapi bersama pelanggan setiap hari. Jika anda mengambil kira tips itu maka insyaAllah akan payah rosak Notebook anda. Tips ini juga kami dapatkan daripada Juru Teknik berpangalaman yang juga merupakan rakan … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment

Pemproses Intel vs AMD

Jika ada orang bertanya kepada anda, antara pemproses  Intel dan AMD yang mana satu anda pilih? Cuba lihat video di bawah: Artikel ini ditulis bukan untuk mempromosi intel dan mengutuk AMD, akan tetapi untuk panduan pengguna sekalian. AMD terkenal dengan sokongan grafik terhadap aplikasi game. Tetapi lemah dari sudut ketahanan. Biasanya selepas setahun ke dua tahun guna maka akan menunjukkan masalah. Sebab itu jarang kita tengok komputer 2nd hand yang memiliki spesifikasi AMD. Panduannya cukup mudah, jika anda pentingkan ketahanan iaitu selepas 4 tahun masih boleh guna maka pilihlah Intel. Jika anda tidak kisah tentang ketahanan dan pentingkan grafik maka … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment

Panduan asas penjagaan komputer siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tulisan kali ini akan menyentuh dari sudut penjagaan software, walaupun nampak remeh tetapi jika anda laksanakan maka komputer anda akan sentiasa berada pada tahap maksima potensinya. Panduannya adalah seperti turutan di bawah: Menggunakan Disk Defragmenter. Perisian ini sebenarnya mampu mempercepatkan komputer anda dengan menyusun fail-fail di hard disk supaya lokasi antara fail lebih dekat. Dengan kata lain, komputer anda akan jadi lebih cepat mengakses fail-fail dalam hard disk. Perumpamaan yang boleh dibuat ialah seperti mencari buku di rak yang bersepah dan tersusun, mana lebih cepat? Jadi selalulah susun fail di komputer anda menggunakan Disk Defragmenter. Untuk … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | 1 Comment

Panduan asas menjaga komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Menjaga barang elektronik tidak sama seperti anda menjaga barang berbentuk mekanikal. Kali ini nuzulquran.com akan menyentuh berkenaan panduan asas untuk menjaga komputer kesayangan anda. Jika anda menggunakan desktop maka ambillah peluang sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk membersihkan kawasan hardware dalam CPU dengan menggunakan pembersih hampagas, tisu atau kain. Jangan basahkan tisu dan kain kerana anda sedang membersihkan barangan elektronik. Sekali sekala bersihkan skrin LCD komputer dengan menggunakan LCD Cleaning Kit. Di dalamnya terdapat cecair, kain dan bulu pembersih. Boleh didapati dengan harga serendah RM10. Jangan terus sembur cecair ke LCD tetapi sembur ke permukaan kain dahulu … Teruskan membaca

Posted in Penggunaan | Leave a comment