Category Archives: Linux

Segalanya tentang perkembangan Operating System berasaskan Linux

Ubuntu 11.04 – Natty Narwhal

Sebelum ini kami tidak pernah terlepas untuk berkongsi tentang setiap keluaran versi baru Ubuntu semenjak keluaran versi 10.04. Baru-baru ini di akhir bulan April Ubuntu telah mengeluarkan versi terkini iaitu Ubuntu 11.04 – Natty Narwhal. Setelah hampir 2 bulan lebih menggunakannya kami memang sangat berpuas hati dengan versi ini. Konsep baru yang diketengahkan dalam versi kali ini ialah konsep antara muka pengguna unity (unity user interface). Dikatakan konsep Unity ini lebih lengkap, mudah dan sangat sesuai terutama untuk teknologi sentuhan yang akan melancarkan kerja anda dan aplikasi yang ada di dalamnya. Secara mata kasar perbezaan yang ketara dengan versi sebelum … Teruskan membaca

Posted in Linux | Leave a comment

Ubuntu 10.10

Ubuntu 10.10 telah dikeluarkan kepada pengguna pada 10 Oktober 2010. Satu tarikh yang kena dengan nombor versi yang dikeluarkan. Versi 10.10 adalah kemaskini daripada versi yang dikeluarkan pada April lepas iaitu Ubuntu 10.04. Versi 10.10 adalah versi ketiga yang kami update sejak menggunakan Ubuntu 9.04 pada tahun lepas. Sudah lebih satahun kami menggunakan Ubuntu. Setakat ini semua kerja dapat dijalankan dengan lancar sepertimana menggunakan Windows. Versi kali ini adalah terbaik setakat ini memandangkan segala kelemahan dan kelembapan Ubuntu 10.04 sudah diatasi. Dari sudut grafik, tiada banyak beza dengan versi lama tetapi lebih kemas untuk versi baru. Banyak perisian sampingan yang … Teruskan membaca

Posted in Linux | Leave a comment

Ubuntu 10.04 LTS

Pernahkah anda mendengar tentang Ubuntu? Ubuntu ialah sebuah sistem operasi sama seperti Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Akan tetapi sistem operasi Ubuntu berasaskan Linux. Kami mula menggunakan Ubuntu sejak keluaran Ubuntu 9.10. Apa yang menarik Ubuntu 10.04 yang dikeluarkan pada awal bulan Mei baru-baru ini adalah setanding Windows 7 mengikut beberapa orang pengguna. Anda boleh mencubanya tanpa perlu membayar satu sen pun kerana Ubuntu adalah percuma! Ubuntu boleh dicuba melalui CD sahaja tanpa perlu diinstall terlebih dahulu. JIka anda berminat, boleh muat turun Ubuntu di sini: http://www.ubuntu.com/ Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari Ubuntu Malaysia: http://ubuntu.com.my/ Kami telah … Teruskan membaca

Posted in Linux | Leave a comment