Category Archives: Laptop/Notebook

Segalanya tentang Laptop kesayangan anda

Kekunci ‘recovery partition’ untuk laptop

Setiap pengeluar laptop memiliki kekunci tersendiri untuk mengaktifkan 'recovery partition'. Di sini kami senaraikan kekunci dan jenama pengeluar. Pastikan anda tekan kekunci ini selepas menekan butang kuasa laptop. Toshiba – Tekan berterusan kekunci ’0′. Dell – Tekan F8 atau Ctrl+F11. Acer – Tekan Alt+F10. Compaq – Tekan F11. BenQ – Tekan Alt+F10. Asus – Tekan F9. Sony Vaio – Tekan Alt+F10. Ini sahaja senarai kekunci untuk 'recovery partition' yang kami ada. Jika anda ada senarai lain maka boleh tambah di ruangan komen di bawah.

Posted in Laptop/Notebook | 2 Comments

Windows ‘restart’ atau ‘turn off’ secara automatik

Kadang-kadang kita boleh tahu punca kerosakan komputer dengan melihat gejala yang ditunjukkan. Gejala yang akan kami ketengahkan kali ini ialah sama ada komputer itu selalu 'restart' atau selalu 'turn off' secara automatik semasa anda menggunakan komputer. Restart? Jika komputer anda selalu 'restart' secara automatik maka ketahuilah yang masalah ini sebenarnya melibatkan 'software'. Jalan penyelesaian terbaik ialah 'format' komputer dan 'install' balik semua 'software' yang ada. Turn Off? Jika komputer anda selalu 'turn off' secara automatik maka masalah yang berlaku biasanya melibatkan 'hardware'. Walaubagaimanapun, Kami akan cuba 'format' terlebih dahulu dan jika masalah sama masih berlaku maka kerosakan yang dihadapi adalah … Teruskan membaca

Posted in Desktop, Laptop/Notebook | Leave a comment

Trade In laptop rosak motherboard

Laptop yang rosak motherboard semakin menjadi-jadi terutama mereka yang memiliki laptop menggunakan processor AMD. Dari 1 Januari 2011 hingga hari ini kami menerima tidak lebih daripada 9 kes kerosakan motherboard. Mulai tahun ini juga kami telah membuat keputusan untuk tidak membaiki sebarang laptop yang rosak motherboard disebabkan laporan daripada pelanggan pada tahun lepas adalah sangat negatif. Maksudnya kebanyakan pelanggan yang baiki motherboard akan berlaku kerosakan berulang mengikut tempoh tertentu bergantung kepada nasib. Ada setengah mereka yang ok sampai sekarang, ada pelanggan yang hanya bertahan selama sebulan, seminggu dan paling teruk sehari sudah rosak balik. Jika berlaku kerosakan berulang ada kemungkinan … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook, Motherboard | 59 Comments

Skrin laptop gelap

Sering terjadi pelanggan membawa laptop yang rosak dan mengatakan, "Skrin laptop saya gelap tidak keluar apa-apa, boleh baiki skrin tak?". Biasanya, jika laptop anda memiliki tanda kerosakan sebegini, bukan skrin laptop yang rosak tetapi motherboard yang rosak. Lebih spesifik lagi iaitu ada cip di motherboard yang berlaku 'overheat' terutamanya 'display chip'. Jika cip ini rosak maka laptop lansung tidak keluarkan apa-apa tulisan di skrin. Skrin laptop yang rosak biasanya akan keluarkan paling kurang pun garis-garis hitam dan warna pudar menandakan skrin berfungsi tetapi tidak sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang skrin rosak boleh klik di sini. Dengan kata lain, jika laptop … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook, Skrin | 9 Comments

Aspire 5550 parah!

Kali ini kami akan kongsikan gambar berkenaan laptop Acer Aspire 5550 yang rosak teruk bermula dari engselnya yang patah sehinggalah butang kuasa (Power button) yang rosak. Bermula daripada engsel yang patah seterusnya menyebabkan cover luar pecah akibat tekanan dari dalam yang diberikan ketika buka dan tutup skrin.   Kelihatan dengan jelas wayar yang menghubungkan kuasa daripada motherboard ke skrin. Bayangkan kalau wayar ini terputus akibat tersangkut di mana-mana contohnya semasa masukkan laptop ke dalam beg.   Tempat pemegang engsel plastik dalam dan luar hancur disebabkan paksa buka tutup skrin walaupun engsel dalam dah tercabut.   Pandangan sisi. Mujurlah cover bahagian … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | 3 Comments

Hibernate & Sleep…

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini merupakan hari ke-27 Ramadhan, semoga anda terus bersemangat untuk terus beribadah. Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Baru-baru ini seorang juruteknik komputer yang berpengalaman berkongsi tip untuk menjaga Laptop/Notebook. Beliau menyatakan, jangan menggunakan fungsi 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda. Ini kerana boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk. Kenapa ini terjadi? Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang … Teruskan membaca

Posted in Hard Disk, Laptop/Notebook, Skrin | Leave a comment

Skrin laptop rosak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini kami akan mneyentuh berkenaan bagaimana ingin mengetahui sama ada skrin laptop anda rosak atau benda lain yang rosak. Sebelum mengetahui cara mengujinya kita mesti mengetahui tanda-tanda skrin rosak terlebih dahulu. Antara tandanya ialah: Skrin jadi sangat malap. Macam nampak tak nampak sahaja tulisan di skrin. Skrin jadi putih sahaja. Skrin keluar garis-garis halus atau titik-titik. Skrin keluar pelbagai warna yang sukar untuk kita baca apa-apa tulisan di skrin. Skrin ada kesan retak samada sikit atau banyak. Inilah antara tandanya. Untuk memastikan lagi yang skrin betul-betul rosak maka kita perlu ujinya di: Skrin LCD atau … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook, Skrin | 93 Comments

Laptop pecah Cover

Sudah lama rasanya kami tidak kemaskini blog ini. Kali ini kami ingin menyentuh berkenaan Notebook/Laptop yang patah atau pecah Cover skrin. Jika anda mengalami masalah ini, jangan biarkan terlalu lama. Kalau boleh terus bawa ke kedai untuk tukarkan cover itu. Berdasarkan pengalaman, jika terus dibiarkan, maka banyak masalah lain akan timbul seperti engsel patah, dan cover lain juga akan berjangkit. Perkara ini terjadi kerana cover skrin yang terlalu kerap dibuka dan ditutup setiap kali kita ingin bawa Notebook/Laptop ke tempat lain.

Posted in Laptop/Notebook | Leave a comment