Category Archives: Laptop/Notebook

Segalanya tentang Laptop kesayangan anda

Punca keyboard laptop rosak

Jika kerosakan keyboard laptop boleh dilihat dengan mata kasar seperti salah satu butang tercabut biasanya berpunca daripada kelalaian kita sendiri seperti membiarkan anak kecil bermain dengannya. Akan tetapi, kerosakan keyboard yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar inilah yang sentiasa menjadi tanda tanya kebanyakan pengguna. Apakah punca secara tiba-tiba salah satu butang tidak berfungsi? Tiga punca kerosakan keyboard laptop berdasarkan pengalaman kami ialah: Bermain permainan komputer dengan menggunakan keyboard laptop. Tidak kiralah permainan komputer jenis apa pun kerana semuanya akan melibatkan emosi dan secara tidak sengaja kita akan menekan butang keyboard juga dengan penuh emosi sehingga menyebabkan kerosakan. Jika ingin … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | Tagged , , , , , | 2 Comments

Air tertumpah atas laptop

Kami ada menerima beberapa kes laptop yang terkena air sama ada air tertumpah atasnya atau terkana hujan. Ada beberapa tindakan pantas yang perlu anda lakukan apabila kes ini terjadi. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan laptop anda daripada kerosakan teruk iaitu kerosakan motherboard. Jika anda bernasib baik maka laptop anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kerosakan. Kami senaraikan 2 tindakan pantas yang perlu anda lakukan: Putuskan segala sambungan yang boleh mengalirkan elektrik ke laptop seperti bateri dan charger adapter. Dengan kata lain sebaik sahaja terkena air terus cabut bateri dan charger adapter tanpa perlu fikirkan perkara lain seperti save file terlebih … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | Tagged , , | Leave a comment

Laptop Intel tahan lasak

Artikel ini kami tulis bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun memburukkan produk tertentu. Akan tetapi lebih kepada berdasarkan pengalaman kami dalam menguruskan masalah teknikal komputer setiap hari. Kami ingatkan keluaran baru laptop Acer dan Compaq yang menggunakan processor AMD akan lebih tahan lasak tetapi hakikatnya masih sama. Selepas setahun lebih atau 2 tahun menggunakannya, masalah motherboard akibat 'overheating' akan berlaku. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakannya macam itu. Bayangkan jika anda seorang pelajar yang membeli laptop dan semestinya mengharapkan sekurang-kurangnya laptop itu bertahan sehingga habis belajar (3-4 tahun). Apa yang berlaku di tahun kedua atau tahun ketiga ialah anda terpaksa … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | Leave a comment

Cuci dan servis laptop

Kali ini kami akan berkongsi beberapa gambar semasa proses mencuci laptop. Pelanggan meminta untuk laptopnya dibersihkan kerana semut telah bersarang dalam laptopnya. Semasa mula-mula kami menerima laptop ini memang terlampau banyak semut yang keluar dari laptop. Jangkaan kami mungkin semut telah bersarang di dalamnya. Keesokan harinya kami memulakan operasi cuci laptop =). Inilah gambar yang kami sempat ambil: Setelah membuka penutup luar inilah gambar motherboard yang masih lekat di rangka laptop. Ada kesan macam telur semut tetapi semut yang banyak semalam sudah tiada. Mungkin mereka telah berpindah setelah semalaman kami tinggal untuk bagi peluang pada semut menyelamatkan diri=).   Ini … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | 2 Comments

HP Pavilion DV6000 pecah cover

Ini kes pertama melibatkan laptop HP Pavilion DV6000 yang pecah cover. memiliki saiz skrin yang agak besar iaitu 15.4 inci. Sebenarnya, agak sukar model HP ini untuk pecah cover memandangkan rekaan engsel antara skrin dan panel utama tidak rapat. Akan tetapi apa sahaja boleh berlaku dan ketahanan laptop itu bergantung kepada cara penggunaan laptop tersebut. Sedikit kecuaian boleh membawa kepada kerosakan. Kami sebenarnya terlupa untuk mengambil gambar laptop sebelum siap dimodifikasi. Tetapi cukup kami tunjukkan gambar selepas siap dimodifikasi. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Gambar di atas menunjukkan bahagian yang pecah dan kesan berwarna kelabu itu adalah selepas … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | Leave a comment

Masalah laptop berpunca daripada hard disk

Hari ini kami menerima kes yang agak pelik. Mengikut kata pelanggan, laptop ini tersekat ketika cuba untuk 'boot' Windows tanpa boleh memasuki sistem Windows mahupun bios, Sistem hanya boleh berfungsi seperti biasa hanya setelah beberapa kali dibuka, tutup butang kuasa  dan kadang-kadang cabut bateri laptop barulah ok. Kami beritahu pelanggan yang kemungkinan ada hardware yang rosak seperti hard disk. Kami pun cabut hard disk dari laptop seterusnya buka laptop itu tanpa hard disk. Ternyata bios boleh masuk seperti biasa tanpa tersekat. Bermakna masalah ini berpunca daripada hard disk. Untuk pastikan betul hard disk ini rosak kami cuba masukkan sekali lagi … Teruskan membaca

Posted in Hard Disk, Laptop/Notebook | Tagged , | 15 Comments

Simpan CD manual dan ‘installer’

Apabila anda membeli sebuah komputer samada laptop ataupun desktop yang berjenama, sudah semestinya anda akan diberikan CD manual, 'installer' ataupun 'driver'. Semua CD ini sangat penting sebagai 'backup' untuk kegunaan masa depan jika komputer anda mengalami masalah. CD ini akan kembalikan komputer anda kepada keadaan asal pada mula-mula beli kerana semua bahan penting ada dalam CD ini. Tetapi, kebanyakan pengguna masih memandang remeh perkara ini kerana ada banyak kes melibatkan CD hilang atau telah dibuang. Akibatnya sukar untuk kembalikan komputer pada keadaan asal dan jika boleh pun akan melibatkan kos tambahan. Jika komputer yang anda beli itu banyak yang orang … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD, Desktop, Laptop/Notebook | 5 Comments

Penipuan kedai baiki komputer

Seorang pelanggan memberitahu kami tentang satu artikel daripada zaharuddin.net yang mendedahkan tentang kedai komputer yang menipu pelanggan. Satu video disertakan dan berjaya mendedahkan beberapa kedai komputer di luar negara yang menipu pelanggan malah cuba untuk 'hack' maklumat peribadi. Tidak semua kedai komputer menipu, tetapi sebagai pelanggan anda kena berhati-hati dalam memilih kedai komputer yang boleh dipercayai. Jika tidak anda akan menjadi mangsa tipu dan 'hackers'. Lihat video di bawah:

Posted in Desktop, Laptop/Notebook | Leave a comment

Masalah cip grafik laptop Dell Inspiron 1420

Sehingga kini kami telah berhadapan dengan 2 kes berkaitan masalah cip grafik untuk laptop Dell Inspiron 1420. Pada mulanya kami ingatkan masalah panel skrin memandangkan di skrin tidak keluar apa-apa dan apabila kami sambungkan pada monitor biasa maka keluar Windows seperti biasa. Tetapi apabila kami tukar panel skrin, masalah yang sama tetap berlaku. Kami juga telah memeriksa skrin asal dan ianya tidak rosak. Laptop itu bewarna merah dan yang satu lagi berwarna pink.   Keduanya menggunakan processor intel. Selepas kami periksa dengan lebih lanjut, maka masalah sebenar ialah kerosakan cip grafik. Kes yang kami hadapi ini agak pelik memandangkan jika … Teruskan membaca

Posted in Laptop/Notebook | Tagged | 2 Comments

Kekunci ‘recovery partition’ untuk laptop

Setiap pengeluar laptop memiliki kekunci tersendiri untuk mengaktifkan 'recovery partition'. Di sini kami senaraikan kekunci dan jenama pengeluar. Pastikan anda tekan kekunci ini selepas menekan butang kuasa laptop. Toshiba – Tekan berterusan kekunci ’0′. Dell – Tekan F8 atau Ctrl+F11. Acer – Tekan Alt+F10. Compaq – Tekan F11. BenQ – Tekan Alt+F10. Asus – Tekan F9. Sony Vaio – Tekan Alt+F10. Ini sahaja senarai kekunci untuk 'recovery partition' yang kami ada. Jika anda ada senarai lain maka boleh tambah di ruangan komen di bawah.

Posted in Laptop/Notebook | 2 Comments