Loading ...-

Category Archives: Hard Disk
Masalah laptop berpunca daripada hard disk
Hari ini kami menerima kes yang agak pelik. Mengikut kata pelanggan, laptop ini tersekat ketika cuba untuk 'boot' Windows tanpa boleh memasuki sistem Windows mahupun bios, Sistem hanya boleh berfungsi seperti biasa hanya setelah beberapa kali dibuka, tutup butang kuasa dan kadang-kadang cabut bateri laptop barulah ok. Kami beritahu pelanggan yang kemungkinan ada hardware yang rosak seperti hard disk. Kami pun cabut hard disk dari laptop seterusnya buka laptop itu tanpa hard disk. Ternyata bios boleh masuk seperti biasa tanpa tersekat. Bermakna masalah ini berpunca daripada hard disk. Untuk pastikan betul hard disk ini rosak kami cuba masukkan sekali lagi … Teruskan membaca
Pembahagian cakera keras yang ideal
Amalan kami dlam pembahagian cakera keras boleh dilihat dalam gambar di bawah: (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas) Kami akan bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama untuk 'Operating System' atau singkatan OS. Segala fail-fail selain program dan sistem memang kami sarankan untuk simpan pada 2 pembahagian seterusnya iaitu Data 1 dan Data 2.
Posted in Hard Disk
Leave a comment
Apa yang anda perlu faham tentang jaminan hard disk
Ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu dan faham tentang jaminan hard disk oleh pengeluar dan penjual: Pertama: Tempoh Jaminan Jaminan daripada pengeluar bergantung kepada kualiti yang mereka jamin. Ada yang sampai 3 tahun, 2 tahun dan setahun pun ada. Walau berapa lama tempoh jaminan pun, anda perlu tahu yang kedai tempat anda beli hard disk hanya menawarkan satu tahun jaminan sahaja. Jika lebih satu tahun dan anda ingin mereka tuntut jaminan dengan pengeluar maka anda akan dikenakan bayaran. Kedua: Kemudahan Pusat Servis Kami sarankan agar anda selidiki dahulu kaunter pusat servis yang ditawarkan pihak pengeluar. Ini kerana jika … Teruskan membaca
Jaminan Hard Disk Seagate
Hard disk jenama Seagate tidak semudah hard disk jenama Western Digital untuk mendapatkan jaminan di pusat servis mereka. Kami telah melakukan beberapa langkah untuk mendapatkan jaminan hard disk ini. Langkah 1 Kami mencari kaunter untuk menghantar jaminan hard disk Seagate tetapi gagal. Rupa-rupanya memang tiada kaunter untuk menerima jaminan di Malaysia. Hanya ada di Singapura sahaja. Langkah 2 Kami menghantar emel ke bahagian khidmat pelanggan Seagate melalui web rasmi mereka. Emel balas yang kami terima memberikan alamat di Subang Jaya untuk diposkan hard disk itu. Mereka juga memberikan link laman web untuk diisi borang kes sebelum penghantaran. Langkah 3 Selepas … Teruskan membaca
Keluar mesej ‘SMART failure predicted on hard disk’
Kami ada menerima sebuah laptop Acer Aspire 4741G yang tiba-tiba keluar mesej 'SMART failure predicted on hard disk' sebelum memasuki Windows 7. Laptop ini sebenarnya masih baru dan ada warranty selama 3 tahun. Pada mulanya kami ingatkan mesej ini akan hilang selepas baiki 'boot sector' di dalam sistem. Tetapi selepas mencuba beberapa ujian, perkara sama tetap berlaku. Hard disk yang rosak biasanya akan 'hang' bila kita masuki Windows. Ada juga yang lansung tidak dapat masuk Windows. Tetapi kali ni semuanya nampak macam elok. Windows boleh masuk macam biasa. Segala software boleh guna macam biasa. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk
Leave a comment
Hard disk terlampau panas
Hari ini kami dapat sebuah laptop Compaq yang mengalami masalah tidak boleh 'install' Windows. Walaupun sudah cuba pelbagai cara tetapi tetap tidak dapat 'install'. Apa yang berlaku ialah 'installation progress' hanya berjalan separuh sahaja kemudian terus terhenti di situ. Puas menunggu kami pun cuba menguji hard disk di bios. Apa yang keluar ialah 'Hard Disk Test Failed'. Tanpa membuang masa kami terus membuka penutup bawah tempat hard disk diletakkan pada laptop itu. Amat mengejutkan kerana hard disk yang kami pegang itu sangat panas, lebih panas daripada biasa. Jadi kami terus menukar hard disk yang baru memandangkan ada stok. Sepatutnya kami … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk
2 Comments
Cara buat pembahagian cakera keras
Artikel kami kali ini ditujukan khas kepada pelanggan kami yang belum mengetahui kelebihan yang ada pada Windows 7 dan Windows Vista berbanding Windows XP iaitu kemampuannya membuat pembahagian (partition) tanpa menggunakan perisian luar. Mungkin bagi sesetengah orang nampak mudah tetapi kami yang berhadapan saban hari dengan pelanggan mengetahui ada ramai yang masih belum tahu tentang perkara ini. Selepas ini jika ada panggilan telefon bertanyakan perkara ini maka artikel inilah yang disarankan untuk merujuk. =) Cakera keras (Hard disk) seeloknya dibuat banyak pembahagian (partition). Paling kurang pun 2 pembahagian (partition). Itulah saranan yang dibuat dalam artikel kami sebelum ini. Kali ini … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk
9 Comments
Partition Hard Disk
Tajuk ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman dengan pelanggan yang mengambil mudah tentang perkara ini. Kebanyakannya mereka yang memiliki laptop baru. Jika kita membeli laptop baru, biasanya kilang pembuat telah set satu partition sahaja dan beberapa partition untuk ‘recovery’. JIka kita mahu selamat, sebagai pengguna, kita kena buat satu partition lain khusus untuk simpan fail-fail penting. Ini supaya jika berlaku ‘windows crash’ atau diserang virus bahaya maka fail-fail penting kita masih selamat. Contoh pelanggan yang membuat banyak partition di hard disk untuk memastikan fail penting selamat Lagi banyak partition yang anda buat lagi elok. Walaupun begitu, Windows Vista dan Windows 7 … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk
Leave a comment
Hibernate & Sleep…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini merupakan hari ke-27 Ramadhan, semoga anda terus bersemangat untuk terus beribadah. Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Baru-baru ini seorang juruteknik komputer yang berpengalaman berkongsi tip untuk menjaga Laptop/Notebook. Beliau menyatakan, jangan menggunakan fungsi 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda. Ini kerana boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk. Kenapa ini terjadi? Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk, Laptop/Notebook, Skrin
Leave a comment
Keluar amaran ‘hard disk error’
Apabila anda memasuki OS anda seperti Wondows XP, Vista atau 7, maka amaran keluar mengatakan ‘hard disk error’. Maka perlu diingat biasanya amaran ini keluar kerana 2 sebab: 1 – Windows anda sudah korup. Masalah ini dapat diselesaikan dengan Install semula Windows tersebut secara keseluruhan. Kalau boleh format partition yang diletakkan OS itu. 2 – Bad Boot Sector. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melakukan ‘Error Checking Utility’. Ikuti langkah berikut: Klik START -> MY COMPUTER -> Pilih mana-mana partition hard disk yang anda ingin periksa dan klik kanan -> PROPERTIES -> TOOLS -> CHECK NOW -> Pilih ‘Scan for and … Teruskan membaca
Posted in Hard Disk
Leave a comment

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)