Category Archives: Desktop

Segalanya tentang desktop kesayangan anda

Power supply yang tiada stok

Baru-baru ini kami menerima sebuah desktop Dell yang bersaiz kecil juga dikenali dengan 'mini tower'. Kerosakan yang dialami ialah 'power supply'. Kerosakan ini telah dipastikan selepas kami tukar dengan power supply yang baru dan komputer dapat berfungsi seperti biasa. 'Power supply' yang kami cuba itu adalah berbentuk biasa. Apabila komputer desktop yang rosak 'power supply', biasanya masalah ini tergolong dalam kategori masalah kecil kerana kita hanya perlu tukar 'power supply' dan kosnya adalah tidak mahal berbanding kerosakan perkakas lain. Apa yang menjadi masalah ialah apabila bentuk 'power supply' yang hendak ditukar tiada terdapat dipasaran. Biasanya mellibatkan desktop bersaiz kecil atau … Teruskan membaca

Posted in Desktop | Leave a comment

Komputer mati

Artikel ini adalah untuk kategori desktop dan bukan laptop. Jika disebut komputer selepas ini maka merujuk kepada desktop dan bukan laptop. Pada pandangan anda apakah yang dimaksudkan dengan komputer mati? Ataupun soalan yang lebih mudah ialah apakah kriteria yang membuatkan kita klasifikasikan komputer itu sudah tidak boleh guna? Pada pandangan kami komputer masih belum mati jika motherboard rosak, RAM rosak ataupun hard disk rosak. Kami senaraikan 2 kriteria yang menyebabkan komputer itu mati: Perisian (software) terkini sudah tidak sesuai dengan hardware yang ada. Menyebabkan komputer jadi semakin lambat, tersekat-sekat dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Perkakasan (hardware) sudah tiada dijual … Teruskan membaca

Posted in Desktop | Leave a comment

Simpan CD manual dan ‘installer’

Apabila anda membeli sebuah komputer samada laptop ataupun desktop yang berjenama, sudah semestinya anda akan diberikan CD manual, 'installer' ataupun 'driver'. Semua CD ini sangat penting sebagai 'backup' untuk kegunaan masa depan jika komputer anda mengalami masalah. CD ini akan kembalikan komputer anda kepada keadaan asal pada mula-mula beli kerana semua bahan penting ada dalam CD ini. Tetapi, kebanyakan pengguna masih memandang remeh perkara ini kerana ada banyak kes melibatkan CD hilang atau telah dibuang. Akibatnya sukar untuk kembalikan komputer pada keadaan asal dan jika boleh pun akan melibatkan kos tambahan. Jika komputer yang anda beli itu banyak yang orang … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD, Desktop, Laptop/Notebook | 5 Comments

Penipuan kedai baiki komputer

Seorang pelanggan memberitahu kami tentang satu artikel daripada zaharuddin.net yang mendedahkan tentang kedai komputer yang menipu pelanggan. Satu video disertakan dan berjaya mendedahkan beberapa kedai komputer di luar negara yang menipu pelanggan malah cuba untuk 'hack' maklumat peribadi. Tidak semua kedai komputer menipu, tetapi sebagai pelanggan anda kena berhati-hati dalam memilih kedai komputer yang boleh dipercayai. Jika tidak anda akan menjadi mangsa tipu dan 'hackers'. Lihat video di bawah:

Posted in Desktop, Laptop/Notebook | Leave a comment

Power supply punca masalah

Ada seorang pelanggan membawa sebuah desktop yang apabila di tekan suis semuanya menyala kecuali skrin tidak keluar apa-apa. Andaian pertama yang datang dalam fikiran kami ialah masalah dengan motherboard atau processor. Setelah membuat ujian dengan motherboard dan processor, masalah yang sama tetap berlaku. Seterusnya RAM, hard disk, wayar dan kabel semua diperiksa. Masalah yang sama tetap berlaku. Yang tinggal belum diperiksa ialah power supply. Akhirnya setelah ditukar dengan set power supply yang lain maka komputer itu dapat berfungsi seperti sediakala. Sungguh tidak sangka! =)

Posted in Desktop | Leave a comment

Koleksi gambar komputer pelanggan

Teruja dengan spesifikasi pilihan pelanggan iaitu sistem Intel i5, maka kami meminta kebenaran untuk dimasukkan gambar ini di dalam blog.

Posted in Desktop | Tagged , , | Leave a comment

Cara mudah periksa ‘motherboard’ rosak

Apabila pelanggan membawa komputer yang gagal masuki Bios dan skrin tidak mengeluarkan apa-apa tulisan dan gambar, maka perkara pertama bermain dalam fikiran kami ialah kerosakan motherboard. Cara mudah ini adalah sesuai untuk anda menguji desktop sahaja. Ini kerana anda hanya perlu buka penutup tepi desktop untuk melihat motherboard. Jika anda ingin membuka motherboard laptop maka anda perlu lalui banyak langkah bergantung kepada model laptop. Gambar di atas ialah 'motherboard' sebuah komputer meja. Jika anda perhatikan gambar di atas. Ada beberapa cip iaitu objek yang berwarna hitam dan melekat di papan litar. Cara pertama: Apa yang anda perlu buat ialah sentuh … Teruskan membaca

Posted in Desktop, Motherboard | 2 Comments

Windows ‘restart’ atau ‘turn off’ secara automatik

Kadang-kadang kita boleh tahu punca kerosakan komputer dengan melihat gejala yang ditunjukkan. Gejala yang akan kami ketengahkan kali ini ialah sama ada komputer itu selalu 'restart' atau selalu 'turn off' secara automatik semasa anda menggunakan komputer. Restart? Jika komputer anda selalu 'restart' secara automatik maka ketahuilah yang masalah ini sebenarnya melibatkan 'software'. Jalan penyelesaian terbaik ialah 'format' komputer dan 'install' balik semua 'software' yang ada. Turn Off? Jika komputer anda selalu 'turn off' secara automatik maka masalah yang berlaku biasanya melibatkan 'hardware'. Walaubagaimanapun, Kami akan cuba 'format' terlebih dahulu dan jika masalah sama masih berlaku maka kerosakan yang dihadapi adalah … Teruskan membaca

Posted in Desktop, Laptop/Notebook | Leave a comment

Desktop bunyi bising…

Kadang-kadang pelanggan merungut kerana komputer desktop kepunyaan mereka mengeluarkan bunyi yang sangat bising sehingga menimbulkan rasa takut seolah-olah desktop itu akan meletup. =) Situasai ini terjadi mungkin berpunca daripada 2 sebab berikut: Desktop anda sudah berumur dan anda tidak pernah buka casing desktop itu. Anda baru sahaja menukar processor samada baru atau 2nd hand. Maknanya anda telah membuka kipas penyejuk processor dan heat sink. Cara yang kami gunakan untuk menyelesaikan bunyi bising ini ialah dengan melumurkan apa yang dipanggil ‘Heat sink compound’ iaitu sejenis bahan kimia seperti ubat gigi antara kepas penyejuk @ heat sink dan permukaan atas processor. Heat … Teruskan membaca

Posted in Desktop | Leave a comment