Category Archives: CD/DVD

Segalanya berkaitan dengan CD dan DVD

Simpan CD manual dan ‘installer’

Apabila anda membeli sebuah komputer samada laptop ataupun desktop yang berjenama, sudah semestinya anda akan diberikan CD manual, 'installer' ataupun 'driver'. Semua CD ini sangat penting sebagai 'backup' untuk kegunaan masa depan jika komputer anda mengalami masalah. CD ini akan kembalikan komputer anda kepada keadaan asal pada mula-mula beli kerana semua bahan penting ada dalam CD ini. Tetapi, kebanyakan pengguna masih memandang remeh perkara ini kerana ada banyak kes melibatkan CD hilang atau telah dibuang. Akibatnya sukar untuk kembalikan komputer pada keadaan asal dan jika boleh pun akan melibatkan kos tambahan. Jika komputer yang anda beli itu banyak yang orang … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD, Desktop, Laptop/Notebook | 5 Comments

Cara buka pemain CD/DVD laptop ketika ‘off’

Dua situasi berikut memerlukan anda tahu bagaimana ingin membuka pemain CD/DVD laptop ketika laptop anda 'off': Butang rosak menyebabkan anda tekan berkali-kali tetap tidak terbuka. Anda lupa ingin mengeluarkan CD/DVD sedangkan laptop sudah ditutup dan anda ingin cepat. Cuba perhatikan pemain CD/DVD laptop anda, ada tak lubang kecil disitu? Perhatikan pemain CD/DVD ada lubang kecil tak? Bulatan kuning dalam gambarajah di atas menunjukkan lubang kecil yang saya maksudkan Ambil jarum atau apa-apa batang kecil yang muat untuk dimasukkan pada lubang itu. Tekan sehingga tempat pemain CD/DVD terbuka. Seterusnya anda boleh ambil CD/DVD yang ada di dalam kemudian tutup macam biasa. … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD | Leave a comment

Pemain CD dan DVD laptop rosak

Ada 2 jenis kerosakan untuk pemain CD dan DVD laptop iaitu: Icon pemain CD/DVD ada di 'My Computer' tetapi apabila anda masukkan CD/DVD, pemain itu tidak boleh baca. Walaupun anda telah mencuba pelbagai jenis CD dan DVD tetap tidak dapat baca fail di dalamnya. Icon pemain CD/DVD lansung tidak terdapat dalam 'My Computer'. Dua jenis kerosakan di atas adalah perkara biasa dihadapi pelanggan. Persoalannya, apakah punca masalah ini terjadi? Puncannya ialah: 'Laser optical drive' yang rosak menyebabkan semua CD/DVD tidak boleh dibaca. Jika hanya boleh baca CD sahaja atau DVD sahaja maka salah satu laser untuk CD atau DVD sahaja … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD | Leave a comment

Pemain cakera optikal

Pemain cakera optikal (Optical disc drive) boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang biasa digunakan iaitu CD, DVD dan Blu-ray. CD adalah teknologi lama berbanding DVD dan Blu-ray disc adalah yang paling terbaru berada di pasaran. CD-RW   DVD-RW   Blu-Ray disc writer   Setiap jenis terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Untuk baca data sahaja. (CD-ROM, DVD-ROM) Untuk baca dan rekod (writer @ RW). Gambar di atas ialah yang mempunyai kelebihan rekod. Setiap jenis juga mempunyai kapasiti tersendiri yang membezakan antara satu sama lain bergantung kepada keperluan pengguna. CD mampu menyimpan data sehingga 700MB, DVD pula maksimum penyimpanan data sebanyak 4.7GB … Teruskan membaca

Posted in CD/DVD | Leave a comment