Pemilihan printer sebenarnya bergantung kepada keperluan pengguna itu sendiri. Oleh itu tiada istilah printer terbaik kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Jika pelanggan bertanya kepada kami apakah printer yang terbaik berada di pasaran setakat ini. Maka kami tidak akan terus bagi jawapan malah akan bertanya balik kepada pelanggan apa yang dia mahukan daripada printer itu? Dengan kata lain printer jenis apa yang dia inginkan?
Di sini kami senaraikan cadangan printer bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna supaya anda mudah untuk buat pilihan kelak.
Printer yang harga murah, selenggara senang, dakwat murah/mudah, warranty mudah dan hanya untuk mencetak sahaja:
- Canon
- HP
Printer yang harga berpatutan, selenggara senang, dakwat murah/mudah, warranty mudah dan pelbagai guna:
- Canon
Canon menjadi pilihan utama kerana stok yang sentiada ada di pasaran, harga tidak sampai RM200 dan agak lasak.
Printer yang harga murah, pelbagai guna, mahu guna tangki dakwat luar sebab nak cetak banyak dan ada sedikit kemahiran teknikal:
- Canon
Jenama ini disarankan untuk mereka yang ada sedikit ilmu teknikal kerana jika anda menggunakan tangki luar, kadang-kadang untuk jadi bermasalah seperti saluran dakwat tersumbat amatlah tinggi.
Printer yang harga mahal sikit, pelbagai guna, mahu guna tangki dakwat sebab nak cetak banyak dan tiada ilmu teknikal.
- Brothers
Ya printer ini amat disarankan jika anda tiada ilmu teknikal atau malas mengusik printer jika bermasalah. Ini kerana Printer jenama Brothers ini lain sikit rekaan daripada Canon. Cip dakwatnya tidak terletak pada catridge asal. Jadi anda boleh beli tangki dakwat yang berupa catridge untuk digunakan. Senang untuk refill dan tidak perlu risau pasal saluran dakwat tersumbat.
Jika anda ada tergolong dalam kategori pengguna yang tidak disenaraikan diatas, maka boleh bagitau kami untuk kami sarankan printer jenama apa sesuai untuk anda miliki.

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php:/home/nuzuncom/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)