Laptop Intel tahan lasak

Artikel ini kami tulis bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun memburukkan produk tertentu. Akan tetapi lebih kepada berdasarkan pengalaman kami dalam menguruskan masalah teknikal komputer setiap hari.

Kami ingatkan keluaran baru laptop Acer dan Compaq yang menggunakan processor AMD akan lebih tahan lasak tetapi hakikatnya masih sama. Selepas setahun lebih atau 2 tahun menggunakannya, masalah motherboard akibat 'overheating' akan berlaku. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakannya macam itu.

Bayangkan jika anda seorang pelajar yang membeli laptop dan semestinya mengharapkan sekurang-kurangnya laptop itu bertahan sehingga habis belajar (3-4 tahun). Apa yang berlaku di tahun kedua atau tahun ketiga ialah anda terpaksa baiki motherboard dan mungkin terpaksa beli laptop baru. Sudah semestinya akan menyusahkan mereka yang memiliki sumber kewangan yang terhad.

Oleh itu saranan kami ialah, belilah apa-apa jenama laptop pun asalkan ianya menggunakan processor Intel. Saranan ini hanya untuk laptop sahaja kerana setakat ini desktop yang menggunakan processor AMD tiada masalah besar sebegini malah lebih jimat kos jika membelinya.

Saban hari kami berhadapan dengan laptop rosak motherboard dan ironinya semua laptop itu menggunakan processor AMD. Jadi itu sudah cukup untuk kami mengingatkan anda di dalam artikel ini kenapa anda perlu memilih Intel walaupun kedua-duanya adalah syarikat daripada US.

This entry was posted in Laptop/Notebook. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>