Baru-baru ini kami menerima sebuah desktop Dell yang bersaiz kecil juga dikenali dengan 'mini tower'. Kerosakan yang dialami ialah 'power supply'. Kerosakan ini telah dipastikan selepas kami tukar dengan power supply yang baru dan komputer dapat berfungsi seperti biasa. 'Power supply' yang kami cuba itu adalah berbentuk biasa.
Apabila komputer desktop yang rosak 'power supply', biasanya masalah ini tergolong dalam kategori masalah kecil kerana kita hanya perlu tukar 'power supply' dan kosnya adalah tidak mahal berbanding kerosakan perkakas lain.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila bentuk 'power supply' yang hendak ditukar tiada terdapat dipasaran. Biasanya mellibatkan desktop bersaiz kecil atau 'mini tower'. Gambar di bawah menunjukkan perbandingan power supply stok biasa (atas) dan power supply yang kecil (bawah).
Masa yang diambil untuk baiki komputer jadi semakin lama apabila power supply yang dikehendaki tiada terdapat dipasaran baru mahupun pasaran '2nd hand' Lebih memburukkan keadaan apabila power supply bersaiz kecil ini ada pelbagai bentuk khusus bergantung kepada bentuk rangka desktop.
Cubaan untuk membaiki 'power supply' asal juga gagal kerana kerosakannya amat berat.
Kesimpulan yang kami ingin buat di sini ialah, jika komputer anda itu komputer utama maka lebih baik pilih bentuk yang ramai orang pakai. Ini kerana jika berlaku kerosakan maka alat ganti banyak terdapat di pasaran.

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php:/home/nuzuncom/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)