Masalah laptop berpunca daripada hard disk

Hari ini kami menerima kes yang agak pelik. Mengikut kata pelanggan, laptop ini tersekat ketika cuba untuk 'boot' Windows tanpa boleh memasuki sistem Windows mahupun bios, Sistem hanya boleh berfungsi seperti biasa hanya setelah beberapa kali dibuka, tutup butang kuasa  dan kadang-kadang cabut bateri laptop barulah ok.

Kami beritahu pelanggan yang kemungkinan ada hardware yang rosak seperti hard disk. Kami pun cabut hard disk dari laptop seterusnya buka laptop itu tanpa hard disk. Ternyata bios boleh masuk seperti biasa tanpa tersekat. Bermakna masalah ini berpunca daripada hard disk.

Untuk pastikan betul hard disk ini rosak kami cuba masukkan sekali lagi ke dalam slot di laptop. Alangkah terkejut kerana sistem Windows boleh berfungsi seperti biasa. Kami pun cuba 'restart' beberapa kali dan tiada masalah yang timbul. Cumanya ada beberapa 'software' yang 'crash' seperti Antivirus.

Pelanggan sangat gembira apabila kami beritahu tiada masalah besar yang laptop dia hadapi.

Kadang-kadang kena cek betul-betul sebelum mengatakan hardware itu rosak. Mungkin masalah di atas berpunca daripada hard disk yang tercabut daripada slotnya akibat gegaran. Sebab itu laptop baru kebanyakannya ada skru untuk lekatkan hard disk pada slot laptop.

This entry was posted in Hard Disk, Laptop/Notebook and tagged , . Bookmark the permalink.

15 Respon untuk Masalah laptop berpunca daripada hard disk

  1. syfiq says:

    knpa lptop sya klo bkak lma2 dy kn jdi hang..
    bleh tlong trngkan??

  2. Nuzul says:

    Kalau macam ni mungkin masalah cip grafik yang terlampau panas.

  3. syafiq says:

    sya da stu soaln..
    lptop sya apabila on lma2 dy kn jdi hang..
    ps prbaik dy dh ok..
    tpi skrng jdi hang blik..
    dn apabila tkn pwr on tws xdk dsply kt monitr..
     

  4. Nuzul says:

    Dulu baiki atas kerosakan apa?

  5. hafiz says:

    saya nak tnya, boleh ke kalau lptop nk tukar grfik kad

  6. Nuzul says:

    Nak tukar tu bermakna upgrade atau tukar sebab rosak?

    Kalau nak upgrade bergantung kepada jenis.

    Kalau grafik card tu internal (cip dia sekali dengan motherboard) maka tidak boleh upgrade.

    Kalau external iaitu cip dia berada pada board lain maka boleh upgrade.

    Kalau rosak pula boleh ditukar yang sama jenis samada internal atau external.

  7. nasir says:

    tumpang tanya….napa laptop sy toshiba takde pic? pas tkan butang power
    trus kuar please call toshiba company…napa ya?

  8. Nuzul says:

    Kalau WIndows lansung tak boleh masuk ada 2 kemungkinan:

    1 – Windows crash dan perlu reformat jer.

    2 – Hard disk problem dan perlu tukar.
     

  9. nasir says:

    oh mcm tu thanx ya…sy dah cuba format tp asyik2 resatart sdiri je maybe hard disk dia kot

  10. marni says:

    Salam.
    Saya menghadapi masalah dengan skrin laptop yg bergegar. mengapa bisa berlaku dan bgimana mahu mengatasinya ya? 
    terima    kasih.

  11. Nuzul says:

    Wassalam Marni,

    Cuba test dulu seperti yang saya tulis kat artikel ni..
    http://nuzulquran.com/bm/2010/08/skrin-laptop-rosak/

    Rasanya macam ada masalah dengan skrin.
     

  12. jajazz says:

    nak tya 1 soalan knapa bla sya nk bka doc. kt  C @ D x bleh' dia kluar msg hard drive error mgkin ada virus tp bla scan x dpt detect virus pn…

     

  13. Nuzul says:

    Cuba install windows baru lepas tu baru scan sebab kadang-kadang virus boleh lumpuhkan antivirus sebab itu apabila kita scan tiada virus dikesan.

  14. hamizun hamizi says:

    Laptop saya asik keluar hard disk problem. Hari tu langsung x leh bukak. Lps repair ok sikit. Tapi asik keluar hard disk problem warning. sampai bila dia boleh bertahan tu?

  15. Nuzul says:

    Ada setengah sampai bertahun boleh tahan, ada jugak berbulan dan ada jugak beberapa minggu terus tak boleh guna.

    Nasihat kami backup semua fail penting dalam laptop ke external hard disk. Guna jer hard disk kat laptop tu sampai betul2 rosak (tak boleh masuk windows lagi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>