Komputer mati

Artikel ini adalah untuk kategori desktop dan bukan laptop. Jika disebut komputer selepas ini maka merujuk kepada desktop dan bukan laptop.

Pada pandangan anda apakah yang dimaksudkan dengan komputer mati? Ataupun soalan yang lebih mudah ialah apakah kriteria yang membuatkan kita klasifikasikan komputer itu sudah tidak boleh guna?

Pada pandangan kami komputer masih belum mati jika motherboard rosak, RAM rosak ataupun hard disk rosak. Kami senaraikan 2 kriteria yang menyebabkan komputer itu mati:

  1. Perisian (software) terkini sudah tidak sesuai dengan hardware yang ada. Menyebabkan komputer jadi semakin lambat, tersekat-sekat dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
  2. Perkakasan (hardware) sudah tiada dijual di pasaran samada yang baru mahupun terpakai.

Jika komputer itu memenuhi salah satu atau kedua-dua kriteria ini maka komputer itu dikira mati jika berlaku kerosakan kepada perkakasan. Komputer itu jika masih boleh digunakan pun sebenarnya sedang menunggu masa untuk mati.

Jika anda ingin membeli set komputer terpakai maka elok untuk meneliti kriteria ini. Jika terdapat kriteria ini maka jangan beli set komputer itu.

Jika anda memiliki komputer yang rosak motherboard atau processor jangan mudah mengatakan komputer itu sudah tidak boleh guna. Selagi ada dijual perkakasan di pasaran maka komputer itu masih lagi 'hidup'.

Apakah status komputer anda?

This entry was posted in Desktop. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>