Sering terjadi pelanggan membawa laptop yang rosak dan mengatakan, "Skrin laptop saya gelap tidak keluar apa-apa, boleh baiki skrin tak?".
Biasanya, jika laptop anda memiliki tanda kerosakan sebegini, bukan skrin laptop yang rosak tetapi motherboard yang rosak. Lebih spesifik lagi iaitu ada cip di motherboard yang berlaku 'overheat' terutamanya 'display chip'. Jika cip ini rosak maka laptop lansung tidak keluarkan apa-apa tulisan di skrin. Skrin laptop yang rosak biasanya akan keluarkan paling kurang pun garis-garis hitam dan warna pudar menandakan skrin berfungsi tetapi tidak sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang skrin rosak boleh klik di sini.
Dengan kata lain, jika laptop anda mempunyai simptom skrin gelap tidak keluarkan apa-apa maka yang rosak adalah motherboard laptop. Kos baiki antara RM180 hingga RM250 bergantung kepada kedai.
Jika laptop itu menggunakan processor jenama AMD maka kebarangkalian untuk kembali rosak amatlah tinggi. Kami sarankan jika anda ada duit lebih baik beli yang baru daripada membaikinya, Tetapi tidak salah untuk mencuba baiki untuk kali pertama. Jika rosak sekali lagi barulah beli yang baru.
Jika laptop anda menggunakan processor jenama Intel maka harapan sangat tinggi untuk bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman kami. Semuanya juga bergantung kepada cara anda guna.
Jika anda sayangkan data yang ada dalam laptop yang rosak motherboard itu, jangan risau kerana anda masih boleh jadikan hard disk di dalam laptop itu sebagai 'external hard disk'. Cuma perlu beli bekasnya(casing) sahaja.

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)

saya nk tanya pasal laptop saya,dell vostro 1310.boleh on,bila buka laptop separuh skrin menyala dan boleh guna tapi bila buka penuh skrin gelap,bila buka separuh lagi skrin menyala balik.itu pun msh motherboard ke?
Saya rasa kemungkinan besar ini masalah inverter yang membekalkan kuasa daripada motherboard ke skrin.
Ada jugak sesetengah kes skrin yang rosak.
salam…laptop sy model compaq presario cq40-401 au, laptop sy ni tiba2 je skrin jd gelap lepas sy wat sleep mode mse dh siap guna..pastu dh puas switch on n off, masih same jgk..skrin gelap dan lampu capslock ngan scroll@num lk berkelip… processor AMD Turion, grafik kad ATI,,,blh tau ape yg rosak dan kos baiki dengan anda dan mana2 kedai…plez emel sy yer…
emel: skaster_89@yahoo.com.sg
Salam Encik Jali, kami berpendapat ada problem dengan graphic chip laptop itu. Laptop yang menggunakan processor AMD memang selalu jadi macam ni. Kalau nak baiki kos paling murah boleh dapat RM150 hingga RM400 mengikut kepada jenis kerosakan chip.
salam, saya nk tanya….kalo mcm lappy saya bila on dia keluar blue screen ar tapi dia just keluar flash je, means skali imbas je ar blue screen tu kuar! pastu lappy tu restart balek…..nk kata hdrdisk rosak saya dh try pakai kt laptop len ok je,,,,siap leh format lagi tu…agak2 cik ar adakah ianya disebabkan oleh graphic card saya yg dh corrupt…..harap dibantu!! Acer Aspire 5040-ram=1GB, AMD processor!!
asslmkm.. laptop sy model compaq presario cq40, processor AMDturion X2, ATI graphics.. bila switch on, skrin jd gelap dulu,lampu capslock n numlk kelip2, then baru keluar windows.. kena tggu lama ( 25 minit ) sebelum windows start.. bila shutdown ok, then nak on balik mesti kena tggu lama baru windows start.. masalah ape yea??? ~urgent T_T
saya mahu tanyak pasal leptop saya,,skrin saya gelap teda apa kalau on,,komputer saya jenis 1 malaysia..apa masalah dia ya….harap dapat membantu,,,ok
bluescreen – Try cek kat setting bios dengan menekan F2 lepas tu cari AHCI setting tukar kepada IDE.
sya – Cuba format windows dulu. Kalau jadi gak maknanya ada hardware problem.
sabri – Masa On ada lampur menyala tak. Kalau takde cek charger adapter dulu ok ke tak. Kalau ada lampu menyala tapi tak keluar apa-apa kat screen kemungkinan besar motherboard problem.