Kali ini kami akan kongsikan gambar berkenaan laptop Acer Aspire 5550 yang rosak teruk bermula dari engselnya yang patah sehinggalah butang kuasa (Power button) yang rosak.
Bermula daripada engsel yang patah seterusnya menyebabkan cover luar pecah akibat tekanan dari dalam yang diberikan ketika buka dan tutup skrin.
Kelihatan dengan jelas wayar yang menghubungkan kuasa daripada motherboard ke skrin. Bayangkan kalau wayar ini terputus akibat tersangkut di mana-mana contohnya semasa masukkan laptop ke dalam beg.
Tempat pemegang engsel plastik dalam dan luar hancur disebabkan paksa buka tutup skrin walaupun engsel dalam dah tercabut.
Pandangan sisi. Mujurlah cover bahagian dalam tidak pecah. Kalau tidak kos mungkin meningkat.
Lebih teruk lagi, butang kuasa pun dah tercabut. Laptop Acer model ini memang banyak mengalami masalah butang kuasa yang patah spring.
Kami kena ambil masa beberapa hari dan mungkin juga makan masa beberapa minggu untuk mencari stok cover depan yang patah. Ada juga cara yang lebih mudah iaitu menggunakan plastik yang dicairkan untuk membentuk bahagian yang pecah. Akan tetapi cara ini tidak boleh tahan lama. Kos akan meningkat apabila stok sangat terhad. Kalau stok banyak maka harga jadi lebih murah.

Warning: include(/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/template-alt.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php:/home/nuzuncom/php') in /home/nuzuncom/public_html/bm/wp-content/themes/twentyten/header.php on line 101
](http://nuzulquran.com/bm/wp-content/themes/twentyten/images/0.gif)

sya pnya laptop mgalami msalah ini penutup dah hancur..dan engsel suda trcabut tapi x steruk gmbar d atas..brapa kos nyaa???
Saya dah emelkan kepada Wan.
ade stok lagi ke frame? tolong PM