Cara buat pembahagian cakera keras

Artikel kami kali ini ditujukan khas kepada pelanggan kami yang belum mengetahui kelebihan yang ada pada Windows 7 dan Windows Vista berbanding Windows XP iaitu kemampuannya membuat pembahagian (partition) tanpa menggunakan perisian luar. Mungkin bagi sesetengah orang nampak mudah tetapi kami yang berhadapan saban hari dengan pelanggan mengetahui ada ramai yang masih belum tahu tentang perkara ini. Selepas ini jika ada panggilan telefon bertanyakan perkara ini maka artikel inilah yang disarankan untuk merujuk. =)

Cakera keras (Hard disk) seeloknya dibuat banyak pembahagian (partition). Paling kurang pun 2 pembahagian (partition). Itulah saranan yang dibuat dalam artikel kami sebelum ini. Kali ini kami akan tunjukkan cara-cara untuk buat pembahagian cakera keras (hard disk partition) dalam aplikasi Windows 7 dan Windows Vista.

(klik gambar untuk paparan lebih besar)

Pada bahagian Desktop seperti dalam gambar di atas, anda perlu klik kanan 'My Computer' dan pilih 'Manage'.

(klik gambar untuk paparan lebih besar)

Seterusnya akan keluar gambar seperti di atas dan pilih 'Disk Management' di bahagian 'Storage'. Anda kena tengok berapa banyak pembahagian yang sedia ada di peringkat ini. Windows 7 dan Windows Vista menghadkan kepada 4 pembahagian (partition) sahaja untuk setiap cakera keras. Gambarajah di atas menunjukkan sudah ada 3 pembahagian (partition). Maka anda masih boleh buat satu lagi pembahagian (partition).

(klik gambar untuk paparan lebih besar)

Seterusnya pilih partition yang ingin dibahagikan seperti dalam gambarajah di atas. Kami memilih partition D untuk membuat pembahagian, biasanya partition yang lebih besar dipilih. Klik kanan untuk partition yang dipilih dan tekan 'Shrink Volume'.

Gambar di atas menunjukkan apa yang akan keluar selepas anda tekan 'shrink volume'. Taip nilai ruangan yang anda inginkan, jika anda berpuas hati dengan nilai maksimum yang diberikan maka terus tekan 'shrink'. anda kena tunggu beberapa saat sehinggalah partition yang 3 tadi menjadi 4.

(klik gambar untuk paparan lebih besar)

Oleh kerana paparan skrin di atas kami ambil daripada Notebook pelanggan maka apa yang anda perlu bayangkan ialah partition yang terakhir itu adalah yang baru muncul selepas anda tekan 'shrink' tadi. Biasanya partition yang baru  dibuat akan muncul dengan label 'Unallocated' seperti gambarajah di atas. Selepas itu, anda terus sahaja klik kanan dan pilih 'New Simple Volume'.

Skrin ini yang akan keluar selepas anda pilih 'New Simple Volume'. Terus sahaja tekan 'Next'.

Gambar di atas adalah contoh sebab itu saiznya sangat kecil. Biasanya nilai yang sepatutnya ada melebihi 4 angka. Nilai yang diberikan berdasarkan saiz yang sedia ada, jadi tidak perlu sebarang perubahan. Tekan 'Next'.

Bahagian ini juga tidak perlu perubahan apa-apa. Pilih sahaja seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas dan tekan 'Next'.

Buat pilihan seperti dalam gambarajah di atas. Jika anda ingin namakan partition yang baru dibuat dengan nama pilihan anda maka tukar di 'Volume label' daripada 'New Volume' ke nama pilihan anda contohnya 'Simpanan Data'. Kemudian tekan 'Next'.

Akhirnya, tekan 'Finish'. Anda hendaklah tunggu beberapa minit sehingga partition yang baru muncul dan bersedia menyimpan fail penting anda.

Selamat Mencuba!

This entry was posted in Hard Disk. Bookmark the permalink.

11 Respon untuk Cara buat pembahagian cakera keras

  1. shafiq says:

    assalamualaikum…
    sy berminat utk buat partition ni,
    tp sy mgunakn netbook hp mini
    adakh patition ssuai utk diinstall dlm netbook?

  2. Nuzul says:

    Ya, partition boleh dibuat dalam HP Mini, tetapi pastikan jumlah partition tidak lebih daripada 3. Jika sudah mencecah 4 partition maka itu adalah had maksimum dan Shafiq sudah tidak boleh tambah partition lagi. Ikut langkah di atas.

  3. Pingback:   Perbanyakkan pembahagian hard disk by SisFiza.Com

  4. zamzarina binti abdul manaf says:

    assalamualaikum
    saya suka penerangan di atas
    jelas dan mudah diikut
    kebetulan sy nak wat partition  kat laptop
    terima kasih…

  5. Nuzul says:

    Selamat mencuba Zamzarina…Kami akan cuba memudahkan lagi dalam bentuk step by step di masa hadapan…

  6. zamzarina binti abdul manaf says:

    assalamualaikum.
    ada satu cpu yang rosak.hardisk rs2nye yg rosak. sy on je terus ade tulis
    windows failed to start, a recent hardware or software change might be the cause. to fix the problem:
    1. insert your windows installation disc and restart your komputer.
    2. choose your language setting, and than klik next.
    3. klik repair your komputer.
    if you do not have this disc, contact your sisten admin or bla…bla…
    file: \windows\system32\winload.exe
    status: 0xc000000e
    info: the selected entry could not be loaded because the application is missing or corrupt
    saya nak tanye, mcm mn nak buat kalau jd mcm ni?
    harap sgt2 dapat jawapan.
    terima kasih
     

  7. Nuzul says:

    Masalah di atas berpunca daripada sistem windows yang telah crash. Jadi penyelesaiannya hanya dengan format atau install balik Windows ke dalam komputer itu.

  8. zamzarina binti abdul manaf says:

    terima kasih..
    tapi betul ke kalau pc di format, jangka hayat pc x lm.
    pas2 pc mudah rosak2. betul ke?
    lg satu soalan,
    ada tak antivirus yg mujarab yang kalau nak update xyah ade internet pn blh update atau automatik update xde expired?
    kalau ade blh share x?
    sekian terima kasih.

  9. Nuzul says:

    Format takkan merosakkan PC. Malah akan membantu melajukan PC tersebut.

    Kalau nak antivirus yang Free tak expired lesen kami cadangkan Avira. Boleh download kat laman web mereka. Pilih yang free version.

    Setakat ni semua antivirus kena update memandangkan setiap hari akan ada virus baru yang muncul.

  10. nora says:

    assalamualaikum..sy nk tnye..hard disk notebook adik sy rosak..kami nk gntikn hard disk yg bru..tp xtau nk beli hard disk yg mcm ne..blh bg suggestion x?lg 1..ad beza ke hard disk utk notebook n laptop?

  11. Nuzul says:

    Hard disk notebook dan laptop sama sahaja.

    Yang membezakan hard disk ialah jenisnya. Setakat ini ada 2 jenis:
    1 – Hard disk IDE (teknologi lama).
    2 – Hard Disk SATA (teknologi baru).

    Kalau nak mudah cabut hard disk daripada laptop itu dan bawa ke kedai yang menjual hard disk. Minta hard disk yang sama jenis dengan apa yang dibawa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>